Khamis, 16 Julai 2009

Ohh..Dian Yulaiha

Renungan matamu setajam panah arjuna,
Menembusi hatiku terluka dan berdarah,
berlangsir alis selentik marak ratu rimba,
Ohh Dian Yulaiha katakan mengapa,
Kau disumpah keanggunan sedemikian rupa.

Dian Yulaiha kau tak mungkin aku hampiri,
Kerana istanamu jauh sekali,
Terapung-apung di atas tasik mimpi,
Dipagari pengawal naga bernafas api.

Kiranya aku diberi kuasa sakti,
Akanku pedatikan kuda sang berani,
Akanku sambarmu dari naga bernafas api,
Dan ku bawa mu ke hujung pelangi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan